SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MAJLIS SUKAN SEKOLAH WP PUTRAJAYA "GEMILANG PUTRAJAYA"

Khamis, 26 September 2013

Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 1Murid 1Sukan Peringkat Negeri 2013

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua.

Pada 25 September 2013 (Rabu) yang lepas, telah berlangsung Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 1Murid 1Sukan Peringkat Negeri tahun 2013. Kejohanan telah berlangsung dengan jayanya dimana 3 disiplin sukan telah diadakan iaitu Balapan dan Padang berlangsung di Sekolah Sultan Alam Shah, Futsal berlangsung di Kompleks Futsal Mokhtar Dahari, Presint 18 dan Bola Jaring 3 on 3 berlangsung di SMKPP 11(2).  Sebanyak 10 buah sekolah menengah telah menyertai ketiga-tiga kejohanan pada kali ini.

Sekolah-sekolah yang telah memenangi kejohanan ini adalah:
1. Johan Futsal - SMKPP 9(2)
2. Johan Bola Jaring 3 on 3 - SMKPP 9(2)
3. Johan Balapan dan Padang Kategori Lelaki - SMKPP 11(2)
4. Johan Balapan dan Padang Kategori Perempuan - SMKPP 8(1)

Tahniah kepada semua pemenang!!!!!








Selasa, 27 Ogos 2013

Kejohanan dan Program Untuk Bulan September dan Oktober 2013

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri maaf zahir dan batin buat semua warga Putrajaya.  Semoga sambutan aildilfitri pada tahun ini telah mendatangkan kebahagiaan kepada kita semua.

Untuk program-program yang bakal dijalankan untuk sepanjang bulan September, November dan Disember kelak melibatkan beberapa kejohanan peringkat kebangsaan dan negeri dan beberapa program yang akan dijalankan oleh Unit Sukan JPWPP.

Bagi bulan September pada 3 hingga 7 September akan berlangsung Kejohanan Sukan Tingkatan Enam Peringkat Kebangsaan dengan hanya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan enam yang akan diadakan di Port Dickson dan Seremban negeri Sembilan.  Empat disiplin acara yang akan dipertandingkan iaitu futsal, bola jaring (5 sebelah), bola tampar lelaki dan bola tampar perempuan.  Kontinjen MSS Putrajaya akan menghantar kontinjen bagi semua acara yang akan dipertandingkan.

Pada 13 hingga 15 September pula akan berlangsung Liga Balapan dan Padang Sirkit 1 yang akan diadakan di SSN SMK Seri Kota, Melaka.  SMK Putrajaya Presint 8(1) akan mewakili kontinjen MSS Putrajaya ke kejohanan tersebut.  Liga ini akan bersambung pada bulan Oktober dan November di Pulau Pinang dan akan berakhir di SSM Gambang, Pahang.

Pada bulan Oktober pula Kem Sukan Sekolah Tahun 2013 akan mengambil tempat pada 2 hingga 4 Oktober 2013 di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Melaka.  Kem ini akan melibatkan seramai 42 orang pelajar, 21 orang guru dan akan dikendalikan oleh 6 orang Jurulatih Utama.

Pada 11 hingga 13 Oktober 2013 Liga Sukan KPM Sirkit 4 akan diadakan di Negeri Sembilan.  3 pasukan akan mengambil bahagian iaitu SMK Putrajaya Presint 8(1) pasukan bola jaring, SMK Putrajaya Presint 9(1) pasukan badminton, dan SMK Putrajaya Presint 11(1) pasukan sepak takraw bawah 14 tahun.

Pada 20 hingga 24 Oktober akan berlangsung Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Primier Peringkat Kebangsaan bertempat di Kuala Lumpur dan Selangor.  Kontinjen Putrajaya akan di wakili oleh Sekolah Sultan Alam Shah dengan mengambil 2 disiplin acara iaitu bola sepak dan hoki.

Kejohanan SPTS Peringkat Kebangsaan Kali ke-3 pula akan diadakan pada 27 Oktober hingga 1 November di Alor Setar, Kedah dan kangar Perlis.  Kontinjen Putrajaya akan diwakili oleh 4 Pusat Latihan Daerah (PLD) iaitu PLD Bola Sepak (SMKPP 18(1)), PLD Badminton (PLD 9(1), PLD Memanah (SMKPP 14(1)) dan PLD Balapan dan Padang (SMKPP 8(1))

Isnin, 22 Julai 2013

Program dan Kejohanan Yang Akan Menyusul

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan salam sejahtera semua.

Pada bulan Ramadhan ini, aktiviti dan sebarang kejohanan akan dihentikan sementara waktu. Beberapa program dan kejohanan bakal menyusul sepanjang bulan Ogos sehingga bulan Disember 2013.  Antara program dan kejohanan yang bakal menyusul adalah seperti di bawah:

1. Kejohanan Liga Sukan KPM Sirkit 3
    Tarikh: 23 hingga 25 Ogos 2013
    Pasukan yang terlibat: SMKPP 8(1) - Pasukan Bola Jaring
                                           SMKPP 9(1) - Pasukan Badminton
                                           SMKPP 11(1) - Pasukan Sepak Takraw
    Tempat: Bola Jaring - Dewan SMKJC Chung Hua, Kuala Pilah
                   Sepak Takraw - Dewan SMK Senaling, Kuala Pilah & Kolaj Matrikulasi KPM
                   Badminton - Dewan NCSRC Seremban


2. Kem Sukan Sekolah Tahun 2013
    Tarikh: 28 hingga 30 Ogos 2013
    Tempat: akan dimaklumkan
    Peserta: 42 orang murid sekolah rendah dan menengah
                    21 orang guru (Setiausaha Sukan Sekolah)
                     5 orang jurulatih utama


3. Sirkit Balapan dan Padang KPM 2013
    Sikrkit 1 - Melaka
                     Tarikh: 13 hingga 15 September 2013

    Sirkit 2 - Pulau Pinang
                   Tarikh: 4 hingga 6 Oktober 2013

   Sirkit 3 - Sekolah Sukan Malaysia Pahang
                  Tarikh: 15 hingga 17 November 2013


4. Kejohanan SPTS Kebangsaan Kali ke-3 2013
    Tarikh: 27 Oktober hingga 1 November 2013
    Tempat: Kedah & Perlis

Selasa, 9 Julai 2013

Terima Kasih dan Selamat Berpuasa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan salam sejahtera

Unit Sukan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung sempena Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan dan 10, 000 Langkah Jalan Ceria peringkat kebangsaan 2013 yang telah dilaksanakan dengan jayanya pada 6 Julai 2013 Sabtu yang lepas.  Terima kasih kepada agensi-agensi yang telah melibatkan diri dengan program ini seperti Perbadanan Putrajaya, Polis Trafik IPD Putrajaya, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Cawangan Putrajaya, Kementerian Belia Sukan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Institut Pengajian Tinggi Awam yang telah sama-sama menjayakan program ini.

Terima kasih juga kepada sekolah-sekolah yang terlibat dengan menghantar peserta, terima kasih juga kepada semua jawatankuasa yang telah bertugas pada hari tersebut.  Penghargaan   kepada Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah memberi kepercayaan kepada Unit Sukan untuk melaksanakan program tersebut.

Unit Sukan juga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga Putrajaya yang akan kita sambut pada esok dan selamat menunaikan solat sunat terawih yang akan sama-sama kita tunaikan pada malam ini.  Semoga Ramadhan pada tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun yang lepas dan semoga Ramadhan pada kali ini akan mendatangkan barakhah kepada kita semua.

TERIMA KASIH DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.

Rabu, 12 Jun 2013

Jawatankuasa Pelaksana Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat Kebangsaan tahun 2013

Pada 6 Julai 2013 (Sabtu) akan diadakan Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat Kebangsaan di mana akan diadakan program 10,000 langkah dengan penglibatan hampir 10,000 peserta.  Majlis ini akan diadakan di hadapan Istana Kehakiman, Presint 2 Putrajaya dan akan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II YB Dato' Sri Idris Jusoh.

12 Jun 2013 telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanan Bil. 2/2013 yang telah dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran dan telah dihadiri pegawai dari Bahagian Sukan KPM, agensi-agensi dan jabatan yang terlibat dengan program dan ahli jawatankuasa yang lain.

Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan 

Tahniah Diucapkan Kepada Pegawai dan Atlet

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bermula pada 31 Mei hingga 9 Jun yang lepas sebanyak 8 kontinjen MSS Putrajaya telah menyertai kejohanan-kejohanan sukan MSSM fasa 2 2013 yang berlangsung di beberapa buah negeri.  Pada tahun ini juga beberapa permainan membuat penampilan sulung di pentas MSSM seperti kontinjen bola baling dan kontinjen bola tampar.  Sepanjang kejohanan MSSM fasa 2 berlangsung, kontinjen MSS Putrajaya telah menunjukkan perningkatan yang begitu mendadak dalam beberapa sukan seperti kontinjen bola sepak dan kontinjen bola jaring.  Kontinjen bola jaring menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dengan pasukan bawah 12 tahun berjaya layak ke peringkat suku akhir namun tidak bernasib baik tewas kepada kontinjen Sarawak dengan keputusan tipis 38 berbalas 39.

Namun begitu, kontinjen boling tenpin seperti diharapkan berjaya membawa 1 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Kejayaan membawa pulang pingat emas pertama kontinjen MSS Putrajaya ini cukup membanggakan dan akan memberi semangat kepada semua pegawai dan atlet untuk lebih berusaha bagi mencapai kejayaan dalam kejohanan-kejohanan sukan yang akan datang.

Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai yang telah berkorban masa dan tenaga untuk bertugas di sepanjang kejohanan MSSM berlangsung tempoh hari.  Tahniah kepada semua atlet yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi bagi mencapai kemenangan.

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH DIUCAPKAN..!!!!

Khamis, 2 Mei 2013

Tahniah Diucapkan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

MSS Putrajaya mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Pengerusi Pengelola Kejohanan Balapan dan Padang SMKPP 9(1) di atas kerjasama dan komitmen yang begitu baik telah ditunjukkan sepanjang Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Nehgeri berlangsung di Stadium MMU Cyberjaya tempoh hari.  Tidak lupa juga diucapkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai teknikal dan jawatankuasa kerja yang bertungkus lumus bekerja untuk memastikan kejohanan kali ini dapat dijalankan dengan lancar dan meriah.

Tahniah diucapkan kepada SMKPP 8(1) dan SKPP 9(1) yang telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan edisi tahun ini.  Berkat dengan usaha dan latihan yang berterusan, maka itulah hasilnya yang tercapai.  TAHNIAH.

Sekalung penghargaan sekali lagi diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Negeri MSS Putrajaya edisi 2013.

Ahad, 7 April 2013

Kejohanan Balapan dan Padang MSS Putrajaya 2013


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


Kejohanan Balapan dan Padang MSS Putrajaya bagi edisi tahun 2013 kembali lagi.  Pada kejohanan tahun ini Sek. Men. Keb. Putrajaya Presint 9(2) menggalas tanggungjawab sebagai Pengelola bersama Unit Sukan JPWPP.  Buat julung kali juga, kejohanan tahun ini terpaksa di adakan di luar kawasan Putrajaya dimana Universiti Multimedia Malaysia telah menjadi lokasi kejohanan tahun ini yang akan diadakan pada 15 hingga 18 April 2013

Dengan penyertaan 24 kontinjen,160 pegawai dan 450 atlet yang bertanding, diharapkan kejohanan kali ini dapat melahirkan seberapa ramai atlet-atlet yang terbaik untuk mewakili Putrajaya ke Kejohanan Balapan dan Padang MSSM nanti.  Pada masa yang sama dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia sukan olahraga.

Semoga kejohanan pada tahun ini dapat dijalankan dengan penuh semangat kesukanan dan meriah.

SELAMAT BERTANDING!!!!

Jumaat, 5 April 2013

Kejohanan Sukan MSS Putrajaya 2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Kejohanan sukan peringkat negeri MSS Putrajaya di sambung semula setelah tamat Kejohanan MSSM Fasa 1 tempoh hari.  Untuk bulan April ini ada 4 kejohanan sukan akan dipertandingkan iaitu Kejohanan Sepak Takraw, Boling Tenpin, Hoki, dan Balapan dan Padang.  Untuk Kejohanan Sepak Takraw akan diadakan pada 9 hingga 11 April 2013 di Dewan SMKPP 14(1), Kejohanan Boling Tenpin akan diadakan pada 10 hingga 12 April 2013 di ARL Bowl, Alamanda, dan Kejohanan Balapan & Padang akan diadakan pada di Mini Stadium Universiti Multimedia, Cyberjaya.

Sehubungan itu, pasukan-pasukan yang telah mengesahkan penyertaan sila siapkan pasukan masing-masing untuk menghadapi kejohanan-kejohanan yang akan dipertandingkan.

Sekian, terima kasih.


Sabtu, 23 Mac 2013

SELAMAT BERTANDING

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera semua.
 
Pada cuti penggal pertama ini, 11 kontinjen Majlis Sukan Sekolah Putrajaya akan mula bertanding 11 kejohanan sukan di peringkat kebangsaan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di beberapa buah negeri.  Kontinjen Merentas Desa antara kontinjen paling awal bergerak ke Kelantan untuk kejohanan Merentas Desa MSSM, diikuti kontinjen Tenis ke Sarawak, Kontinjen Golf ke Sabah, Kontinjen Memanah ke Kuala Lumpur, Kontinjen Akuatik ke Selangor, Kontinjen Ping Pong ke Kelantan, dua Kontinjen Ragbi ke Ipoh Perak, Kontinjen Catur Ke Taiping Perak, Kontinjen Skuasy ke Melaka dan Kontinjen Kriket ke Pulau Pinang.  Dengan kekuatan kontinjen seramai 250 orang atlet dan 45 pegawai MSS Putrajaya semua kontinjen akan mula berentap dan memberi saingan kepada 15 kontinjen negeri yang lain.
 
Walaupun ini merupakan tahun pertama MSS Putrajaya kembali menyertai MSSM, kontinjen MSS Putrajaya menyuarakan keyakinan untuk memberi saingan dan pada masa yang sama yakin untuk menyumbangkan pingat kepada MSS Putrajaya.
 
Semoga semua kontinjen selamat berangkat dan selamat tiba di destinasi masing-masing dan selamat kembali ke Putrajaya pada hujung bulan Mac nanti.
 
Kepada semua atlet dan pegawai kontinjen MSS Putrajaya.........
 
 
SELAMAT BERJUANG
"PUTRAJAYA GEMILANG"

Rabu, 13 Februari 2013

Kejohanan Catur dan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Catur MSS Putrajaya 2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Pada 5 hingga 8 Februari 2013 yang lepas telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Catur MSS Putrajaya yang diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(2).  Kejohanan ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada Pengerusi Pengelola iaitu Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(2) dengan telah menyediakan dewan yang baik dan penglibatan guru-guru sebagai jawatankuasa teknikal dan kejohanan.









kejohanan pada tahun ini telah mendapat penyertaan daripada semua sekolah-sekolah Putrajaya dengan beberapa kategori telah dipertandingkan.  Antara kategori yang telah dipertandingkan ialah acara individu lelaki dan perempuan bawah 18, 15, 12 tahun dan acara berpasukan bagi sekolah menengah dan sekolah rendah.









Pada 8 Februari pula telah berlangsung majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah disampaikan oleh Ketua Sektor SPPK, JPWPP iaitu Encik Zainal Azmir Bin Kamaruddin dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(2) iaitu Puan Nik Sabariah Binti Nik Jaafar.  Para pemenang telah diadili oleh PTPS Catur mengikut perkiraan markah yang telah ditetapkan.


Johan Keseluruhan Sekolah Rendah
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1)
Johan Keseluruhan Sekolah Menengah
Sekolah Sultan Alam Shah
Penyampain Cenderamata oleh Ketua Unit Sukan
Kepada Pengerusi Pengelola
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan tahniah dan ucapan terima kasih juga kepada Pengerusi Pengelola Kejohanan Catur MSS Putrajaya 2013 yang telah memberi kerjasama yang baik sepanjang kejohanan ini berlangsung.

TAHNIAH BUAT SEMUA.

Sesi Pemilihan Pemain Tenis

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Pada 5 hingga 8 Februari 2013 yang lepas telah berlangsung dua program sukan iaitu sesi pemilihan pemain-pemain tenis MSS Putrajaya dan kejohanan catur MSS Putrajaya.  Kedua-dua program ini telah di anjurkan dengan jayanya dan meriah dengan mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak.  Bagi sesi pemilihan tenis, yang buat julung-julung kali di adakan dengan objektif dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar sekolah-sekolah Putrajaya.  Sesi pemilihan ini telah diadakan di gelanggang tenis milik Perbadanan Putrajaya di Presint 9.  Sesi pemilihan ini juga telah mendapat kerjasama Persatuan Tenis Putrajaya untuk turut sama memberi penilaian prestasi pemain yang hadir.  Sepanjang sesi pemilihan yang cuma diadakan dua hari beberapa nama pemain telah dikenal pasti untuk di senarai pendek dalam kontinjen MSS Putrajaya, dan keputusan muktamad senarai nama akan di maklumkan oleh Unit Sukan sepanjang latihan pusat yang akan di adakan kelak.  Semoga dengan program pencarian bakat pemain-pemain tenis di Putrajaya pada tahun ini, akan menjadi batu loncatan pada masa hadapan untuk lebih serius mencari pemain-pemain baru.

PTPS dan Naib PTPS bertugas sebagai Pengadil

Sebahagian pelajar yang hadir

Isnin, 28 Januari 2013

Kejohanan Pencak Silat MSSM 2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Pada tahun ini, buat julung-julung kalinya Bahagian Sukan, KPM akan menganjurkan Kejohanan Pencak Silat MSSM 2013.  Kejohanan ini dijangka akan diadakan pada 23 hingga 30 Mac 2013 kejohanan MSSM fasa 1 dan MSS Putrajaya telah dilantik sebagai tuan rumah bersama dengan Bahagian Sukan KPM.

Sebarang maklumat akan dimaklumkan kelak.  Sekian, terima kasih.


Gambar hiasan

Selasa, 15 Januari 2013

Logo Baru MSS Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Tahun 2013 merupakan tahun pertama MSS Putrajaya kembali untuk menyertai kejohanan-kejohanan sukan peringkat MSSM atau program dan aktiviti sukan di peringkat kebangsaan.  Tahun yang cukup segnifikan bagi melahirkan atlet-atlet yang berprestasi tinggi bagi menghadapi kejohanan sukan pada tahap yang tinggi.  Maka dengan itu, Unit Sukan dan Majlis  Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menghasilkan logo baru MSS Putrajaya yang akan digunakan di semua kejohanan-kejohanan MSSM khususnya dan program dan aktiviti sukan lain amnya.

Semoga dengan terhasilnya logo baru, ia dapat melahirkan semangat dan iltizam untuk seluruh   atlet, pegawai kontinjen, PTPTS dan Naib PTPS, jurulatih, pegawai-pegawai Unit Sukan, guru-guru dan pentadbir sekolah agar dapat berganding bahu, bekerjasama dan bertoleransi agar dapat menjayakan segala usaha dan perancangan bagi melahirkan atlet sukan yang berprestasi tinggi.  Semoga dengan logo baru di tahun yang baru ini,  marilah sama-sama kita semua pencinta arena sukan, dapat memberikan sepenuh tenaga dan usaha dalam menjayakan program-program, latihan dan kejohanan yang telah dirancang.

Sekian, terima kasih.

Kejohanan Ping Pong Peringkat Negeri MSS Putrajaya 2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Sedikit informasi mengenai Kejohanan Ping Pong Peringkat Negeri MSS Putrajaya tahun 2013. Kejohanan ini insyaallah akan dijalankan pada 19 hingga 22 Februari 2013 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2).  Semalam telah diadakan mesyuarat penyelarasan kejohanan ini.  Kejohanan ini terbuka kepada semua pasukan sekolah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh PTPS Negeri.

Tarikh tutup pendaftaran pasukan adalah sebelum atau pada 6 februari 2013 (Rabu) dan borang pendaftaran perlu di emailkan kepada PTPS Negeri.  Manakala proses undian akan dijalankan pada 7 Februari 2013 (Khamis).

Sebarang maklumat tambahan, boleh menghubungi PTPS Negeri Sukan Ping Pong En. Wan Mohd Azlan Bin Wan Jusoh di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2).

Sekian, terima kasih.


Sekadar gambar hiasan

Selasa, 8 Januari 2013

Sesi Pemilihan Pasukan Ragbi Bawah 18 Tahun MSS Putrajaya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

MSS Putrajaya ingin memaklumkan, pasukan ragbi bawah 18 tahun MSS Putrajaya dalam rangka latihan bagi persediaan menghadapi kejohanan ragbi MSSM yang dijangka diadakan pada bulan Mac akan datang.  Sehubungan itu, satu sesi pemilihan akan diadakan pada 10 Januari 2013 (Khamis) bertempat di Padang Sekolah Sultan Alam Shah.  Pemilihan ini akan diadakan pada jam 5.00 petang.

Semua pelajar sekolah-sekolah Putrajaya yang berminat diminta hadir ke Sekolah Sultan Alam Shah pada tarikh dan masa yang dinyatakan di atas.  Semoga dengan penglibatan dan kesungguhan pelajar-pelajar yang berminat dapat membentuk satu pasukan ragbi yang mantap dan baik bagi menghadapi kejohanan MSSM nanti atau pun kejohanan-kejohanan yang lain.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi PTPS Ragbi MSS Putrajaya En. Mohd Nasrul Hakim Bin Mohd Zahir Sekolah Sultan Alam Shah.

Sekian, terima kasih.


Gambar hiasan

Isnin, 7 Januari 2013

Jurulatih Pusat Latihan Daerah WP Putrajaya Tahun 2013

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.  Berikut adalah senarai jurulatih-jurulatih bagi Pusat Latihan Daerah (PLD) WP Putrajaya bagi tahun 2013 mengikut sukan SPTS masing-masing.  Bagi tahun 2013 ini, Unit Sukan berharap agar jurulatih PLD dapat merancang latihan yang lebih baik dan Unit Sukan akan sedaya upaya membantu dari pelbagai aspek.  Jurulatih PLD WP Putrajaya yang telah dilantik adalah seperti berikut:
  1. Norshamizi Bin Ismail PLD Bola Sepak
  2. Muhd Izman Bin Yahya PLD Bola Sepak
  3. Ahmad Azli Bin Dakir PLD Memanah
  4. Mohd Mahfuz Bin Mohd Isa PLD Memanah
  5. Shamsul Bin Mhd Sayuti PLD Badminton
  6. Mohd Jailani Bin Mat Nawi PLD Olahraga
  7. Dalizwa Deena Binti Salihin PLD Olahraga
  8. Abuzar A Z Bin Ahmad PLD Sepak Takraw
  9. Abu Hanifah Bin Harun PLD Sepak Takraw
Sekian, terima kasih

Rabu, 2 Januari 2013

PTPS dan Naib PTPS MSS Putrajaya Tahun 2013

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.  Berikut adalah senarai Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan dan Naib Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSS Putrajaya bagi tahun 2013.

Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan
  1. En. Azurashidi B Yusuf Sukan Perahu Layar - SMKPP 14(1)
  2. Pn. Dalizwa Deena Bt Salihin Sukan Merentas Desa - SMKPP 11(2)
  3. En. Norshamizi B Ismail Sukan Balapan dan Padang - SMKPP 8(1)
  4. En. Nor Irwan B Zulkafli Sukan Bola Tampar - SMKA Putrajaya
  5. En. Abuzar A Z B Ahmad Sukan Sepak Takraw - SKPP 11(1)
  6. En. Mohd Azli B Dakir Sukan Memanah - SKPP 14(1)
  7. En. Roslan B Hassan Sukan Golf - SMKPP 9(2)
  8. Pn. Anita Bt Idris Sukan Bola Jaring - SKPP 8(2)
  9. En. Mahazir B Othman Sukan Kriket - SAS
  10. Cik Nurul Ain WAhida Bt Abu Bakar Sukan Akuatik - SKPP 18(1)
  11. En. Abdul Rahman B Mohamed Sukan Hoki - SMKPP 16(1)
  12. En. Muhammad Rizal Bin Jusah Sukan Catur - SAS
  13. En. Mohd Nasrul Hakim Bin Mohd Zahir Sukan Ragbi - SAS
  14. En. Azahar B Saary Sukan Boling Tenpin - SKPP 8(2)
  15. En. Mohd Khairi B Hamid Sukan TID - SKPP 9(1)
  16. En. Shamsul B Saary Sukan Badminton - SKPP 9(2)
  17. En. Yuhanas Faizal B Hashim Sukan Sofbol - SKPP 11(2)
  18. En. Muhammad Shahrul Amin B Shaharum Sukan Bola Sepak - SKPP 9(1)
  19. En. Wan Mohd Azlan Bin Wan Jusoh Sukan Ping Pong - SKPP 9(2)
  20. En. Muhd Izman Bin Yahya Sukan Tenis - SKPP 9(2)
  21. Pn. Nor Zunita Bt Nasron Sukan Bola Baling - SMKPP 11(2)
  22. En. Syaharin Siva B Haji Salim Selvaraj Sukan Skuasy - SKPP 11(2)
  23. En. Khor Chiew Tong Sukan Bola Keranjang - SAS
  24. Pn. Fairus Dora Bt Abd Malik Sukan Gimrama/Gimnastik - SKPP 18(1)
Naib Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan
  1. En. Sahnan Nuddin B Abd Razak Sukan Balapan dan Padang - SKPP 14(1)
  2. Pn. Suharyanti Bt Hanapi Sukan Bola Tampar - SKPP 8(2)
  3. En. Mohd Hanafiah B Abdul Wahid Sukan Sepak Takraw - SMKPP 11(1)
  4. En. Mohd Mahfuz B Mohd Isa Sukan Memanah - SKPP 8(1)
  5. Pn. Siti Asmah Bt Mohd Yusoff Sukan Bola Jaring - SMKPP 11(2)
  6. En. Mohamad Hafizulnizam B Jamaluddin Sukan Hoki - SKPP 16(1)
  7. Pn. Rahifah Bt Sulong Sukan Catur - SKPP 9(2)
  8. En. Mohd Nasir B Zakaria Sukan Ragbi - SKPP 8(1)
  9. En. Rosmizi B Mohammad Sukan Badminton - SMKPP 8(1)
  10. Engku Nazaruddin B Engku Mohd Nawi Sukan Bola Sepak - SMKPP 9(2)
  11. En. Muhammad Sharifuddin Bin Mohd Sharif Sukan Ping Pong - SAS
  12. En. Mohd Jailani B Nawi Sukan Tenis - SMKPP 8(1)
  13. En. Mohd Ridzuan B Che Lah Sukan Bola Baling - SKPP 11(3)
Semoga dengan perlantikan baru bagi tahun 2013 ini semua PTPS dan Naib PTPS dapat menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan cemerlang.

Selasa, 1 Januari 2013

Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih

Jabatan Pelajaran WP Putrajaya dan MSS Putrajaya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) MSS Putrajaya bagi tahun 2012.  Kerjasama, komitmen, jasa baik dan sumbangan semua PTPS amatlah dihargai.  Segala penat lelah PTPS dalam menjayakan program atau aktiviti sukan amatlah bernilai di samping dapat melonjakkan prestasi atlet-atlet di bawah jagaan PTPS masing-masing dalam mengharungi kejohanan-kejohanan sepanjang tahun 2012.  Sekali lagi MSS Putrajaya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PTPS 2012 di atas sumbangan yang tuan-tuan dan puan-puan curahkan.  PTPS tersebut adalah:
  1. En. Azurashidi B Yusuf Sukan Perahu layar
  2. Pn. Dalizwa Deena Bt Salihin Sukan Merentas Desa
  3. En. Norshamizi B Ismail Sukan Balapan & Padang
  4. En. Nor Irwan B Zulkafli Sukan Bola Tampar
  5. En. Abuzar A Z B Ahmad Sukan Sepak Takraw
  6. En. Azli B Dakir Sukan Memanah
  7. En. Roslan B Hassan Sukan Golf
  8. Pn. Anita Bt Idris Sukan Bola Jaring
  9. En. Mahazir B Othman Sukan Kriket
  10. En. Mohd Hazri B Abd Latib Sukan Hoki
  11. En. Muhammad Rizal B Jusah Sukan Catur
  12. En. Mohd Nasrul Hakim B Mohd Zahir Sukan Ragbi
  13. En. Azahar B Saary Sukan Boling Tenpin
  14. En. Shamsul B Mhd Sayuti Sukan Badminton
  15. En. Mohammad Shahrul Amin B Shaharum Sukan Bola Sepak
  16. Engku Nazaruddin B Engku Mohd Nawi Sukan Bola Sepak
  17. En. Wan Mohd Azlan Bin Wan Jusoh Sukan Ping Pong
Ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua jurulatih mahupun guru-guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam melatih atau pun membantu dalam menjayakan kejohanan dan program sukan sepanjang tahun 2012.  Terima kasih diucapkan.

Bagi lantikan PTPS tahun 2013, surat lantikan dan sijil perlantikan akan diedarkan kepada PTPS baru dalam masa terdekat.

Takwim Sukan MSS Putrajaya 2013

Dilampirkan diruangan ini takwim pelaksanaan kejohanan-kejohanan sukan peringkat MSS Putrajaya bagi tahun 2013.  Takwim ini meliputi 24 jenis sukan yang akan dipertandingkan di peringkat Putrajaya dan kebangsaan.  Diharap semoga tahun ini pelaksanaan kejohanan akan mengikut takwim yang telah ditetapkan.
Takwim 1



Takwim 2

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera diucapkan kepada seluruh warga Jabatan Pelajaran WP Putrajaya, warga SPPK, dan seluruh warga pendidik sekolah-sekolah Putrajaya. Belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2013, semoga dengan kedatangan tahun baru dapat memberi motivasi, semangat dan peningkatan produktivti kerja yang lebih baik dan cemerlang.

Tahun baru 2013 juga, Unit Sukan JPWPP mengorak langkah kehadapan dengan penghasilan blog MSSPutrajaya yang dikendalikan oleh Unit Sukan JPWPP.  Penghasilan blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi segala maklumat program dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun.  Semoga dengan adanya blog ini, dapat memudahkan guru-guru, ibu bapa, kakitangan jabatan mahupun individu-individu lain untuk mendapatkan maklumat-maklumat program dan aktiviti sukan yang dijalankan oleh Unit Sukan.

Sebagai pengenalan tahun 2013 sedikit info berkaitan Unit Sukan JPWPP.  Unit Sukan buat masa sekarang diurus tadbir oleh 2 orang pegawai dengan diketuai oleh Ketua Unit Sukan Encik Sulaiman Bin Mohd Rizlan merangkap Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah WP Putrajaya dan dibantu oleh Encik Mohd Safwan Safarini Bin Suhaimi.  Unit Sukan menguruskan 24 jenis sukan dan 5 jenis sukan SPTS iaitu sukan Bola Sepak, Badminton, Memanah, Hoki, dan Olahraga.  Unit Sukan juga dibantu oleh Pengerusi dan Naib Pengerusi Teknik Sukan seramai 38 orang yang akan mengurus pengelolaan kejohanan sukan dan kontinjen Putrajaya.

Tahun 2013 juga merupakan tahun pertama bagi kontinjen MSSPutrajaya yang akan menyertai kejohanan sukan peringkat kebangsaan seperti kejohanan MSSM, Karnival SPTS Kebangsaan, dan kejohanan kebangsaan yang lain setelah JPWP Putrajaya mendapat status jabatan dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, dapat memberi semangat dan motivasi kepada atlet-atlet dan pengurusan pasukan agar lebih serius dalam merangka segala program mahu pun latihan yang lebih efektif bagi menghadapi cabaran yang lebih besar di kejohanan peringkat kebangsaan nanti.

SELAMAT TAHUN BARU 2013