Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.
Kejohanan sukan peringkat negeri MSS Putrajaya di sambung semula setelah tamat Kejohanan MSSM Fasa 1 tempoh hari. Untuk bulan April ini ada 4 kejohanan sukan akan dipertandingkan iaitu Kejohanan Sepak Takraw, Boling Tenpin, Hoki, dan Balapan dan Padang. Untuk Kejohanan Sepak Takraw akan diadakan pada 9 hingga 11 April 2013 di Dewan SMKPP 14(1), Kejohanan Boling Tenpin akan diadakan pada 10 hingga 12 April 2013 di ARL Bowl, Alamanda, dan Kejohanan Balapan & Padang akan diadakan pada di Mini Stadium Universiti Multimedia, Cyberjaya.
Sehubungan itu, pasukan-pasukan yang telah mengesahkan penyertaan sila siapkan pasukan masing-masing untuk menghadapi kejohanan-kejohanan yang akan dipertandingkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan