SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MAJLIS SUKAN SEKOLAH WP PUTRAJAYA "GEMILANG PUTRAJAYA"

Selasa, 9 Julai 2013

Terima Kasih dan Selamat Berpuasa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan salam sejahtera

Unit Sukan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung sempena Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan dan 10, 000 Langkah Jalan Ceria peringkat kebangsaan 2013 yang telah dilaksanakan dengan jayanya pada 6 Julai 2013 Sabtu yang lepas.  Terima kasih kepada agensi-agensi yang telah melibatkan diri dengan program ini seperti Perbadanan Putrajaya, Polis Trafik IPD Putrajaya, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Cawangan Putrajaya, Kementerian Belia Sukan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Institut Pengajian Tinggi Awam yang telah sama-sama menjayakan program ini.

Terima kasih juga kepada sekolah-sekolah yang terlibat dengan menghantar peserta, terima kasih juga kepada semua jawatankuasa yang telah bertugas pada hari tersebut.  Penghargaan   kepada Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah memberi kepercayaan kepada Unit Sukan untuk melaksanakan program tersebut.

Unit Sukan juga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga Putrajaya yang akan kita sambut pada esok dan selamat menunaikan solat sunat terawih yang akan sama-sama kita tunaikan pada malam ini.  Semoga Ramadhan pada tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun yang lepas dan semoga Ramadhan pada kali ini akan mendatangkan barakhah kepada kita semua.

TERIMA KASIH DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan