Pada 25 September 2013 (Rabu) yang lepas, telah berlangsung Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 1Murid 1Sukan Peringkat Negeri tahun 2013. Kejohanan telah berlangsung dengan jayanya dimana 3 disiplin sukan telah diadakan iaitu Balapan dan Padang berlangsung di Sekolah Sultan Alam Shah, Futsal berlangsung di Kompleks Futsal Mokhtar Dahari, Presint 18 dan Bola Jaring 3 on 3 berlangsung di SMKPP 11(2). Sebanyak 10 buah sekolah menengah telah menyertai ketiga-tiga kejohanan pada kali ini.
Sekolah-sekolah yang telah memenangi kejohanan ini adalah:
1. Johan Futsal - SMKPP 9(2)
2. Johan Bola Jaring 3 on 3 - SMKPP 9(2)
3. Johan Balapan dan Padang Kategori Lelaki - SMKPP 11(2)
4. Johan Balapan dan Padang Kategori Perempuan - SMKPP 8(1)
Tahniah kepada semua pemenang!!!!!
PROMOSI name tag sekolah/banner/piala/peralatan sukan/baju t-shirt/baju korporat...kunjungi https://www.facebook.com/pages/Fiven-Jayyidan-Resources/196054580596433
BalasPadamFiven Jayyidan Resources
012-3285815