SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MAJLIS SUKAN SEKOLAH WP PUTRAJAYA "GEMILANG PUTRAJAYA"

Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera diucapkan kepada seluruh warga Jabatan Pelajaran WP Putrajaya, warga SPPK, dan seluruh warga pendidik sekolah-sekolah Putrajaya. Belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2013, semoga dengan kedatangan tahun baru dapat memberi motivasi, semangat dan peningkatan produktivti kerja yang lebih baik dan cemerlang.

Tahun baru 2013 juga, Unit Sukan JPWPP mengorak langkah kehadapan dengan penghasilan blog MSSPutrajaya yang dikendalikan oleh Unit Sukan JPWPP.  Penghasilan blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi segala maklumat program dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun.  Semoga dengan adanya blog ini, dapat memudahkan guru-guru, ibu bapa, kakitangan jabatan mahupun individu-individu lain untuk mendapatkan maklumat-maklumat program dan aktiviti sukan yang dijalankan oleh Unit Sukan.

Sebagai pengenalan tahun 2013 sedikit info berkaitan Unit Sukan JPWPP.  Unit Sukan buat masa sekarang diurus tadbir oleh 2 orang pegawai dengan diketuai oleh Ketua Unit Sukan Encik Sulaiman Bin Mohd Rizlan merangkap Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah WP Putrajaya dan dibantu oleh Encik Mohd Safwan Safarini Bin Suhaimi.  Unit Sukan menguruskan 24 jenis sukan dan 5 jenis sukan SPTS iaitu sukan Bola Sepak, Badminton, Memanah, Hoki, dan Olahraga.  Unit Sukan juga dibantu oleh Pengerusi dan Naib Pengerusi Teknik Sukan seramai 38 orang yang akan mengurus pengelolaan kejohanan sukan dan kontinjen Putrajaya.

Tahun 2013 juga merupakan tahun pertama bagi kontinjen MSSPutrajaya yang akan menyertai kejohanan sukan peringkat kebangsaan seperti kejohanan MSSM, Karnival SPTS Kebangsaan, dan kejohanan kebangsaan yang lain setelah JPWP Putrajaya mendapat status jabatan dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, dapat memberi semangat dan motivasi kepada atlet-atlet dan pengurusan pasukan agar lebih serius dalam merangka segala program mahu pun latihan yang lebih efektif bagi menghadapi cabaran yang lebih besar di kejohanan peringkat kebangsaan nanti.

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan