SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MAJLIS SUKAN SEKOLAH WP PUTRAJAYA "GEMILANG PUTRAJAYA"

Khamis, 20 Mac 2014

Selamat Bertanding Kontinjen MSS Putrajaya ke Kejohanan MSSM 2014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Pada bulan Mac 2014 ini, sebanyak 10 disiplin sukan peringkat MSSM akan dilangsungkan. Dengan 4 kontinjen MSS Putrajaya telah pun mula berangkat ke destinasi seperti kontinjen merentas desa ke Sabah, kontinjen kriket dan perahu layar ke Terengganu dan kontinjen skuasy ke Negeri Sembilan. kontinjen-kontinjen lain yang bakal berangkat seperti kontinjen catur akan ke Sarawak, kontinjen memanah ke Labuan, kontinjen golf ke Johor, dan kontinjen boling tenpin dan ping pong ke Kuala Lumpur.

Semoga tahun ini kontinjen MSS Putrajaya mampu memberi saingan yang sengit dalam kejohanan-kejohanan yang dipertandingkan.  Semoga kontinjen MSS Putrajaya selamat pergi dan selamat kembali.

SEMOGA BERJAYA DAN SELAMAT BERTANDING

Kontinjen Perahu Layar

Kontinjen Skuasy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan