SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MAJLIS SUKAN SEKOLAH WP PUTRAJAYA "GEMILANG PUTRAJAYA"

Selasa, 25 Mac 2014

Keputusan Pertandingan Polo Air Kejohanan Akuatik MSSM 2014 Hari Kedua




Kejohanan Akuatik MSSM 2014 Hari Kedua 25 Mac 2014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
 
Hari kedua 25 Mac 2014 membuka tirai kejohanan di arena Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam. Kejohanan hari kedua pada sebelah pagi dimulakan dengan acara 1500 Meter Gaya Bebas Lelaki Terbuka. 8 acara renang dipertandingkan pada hari kedua ini.
 
Pada hari ini juga kejohanan telah menerima 3 tetamu istimewa yang sudi meluangkan masa melihat suasana kejohanan akuatik kali ini. Tetamu yang dimaksudkan adalah Tuan Haji Jamaluddin Bin Yusoff Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Putrajaya. Beliau hadir pada sebelah pagi. Lawatan beliau di arena pusat akuatik di sambut oleh Ketua Unit Sukan En. Sulaiman Bin Mohd Rizlan. Beliau di bawa melihat sekitar kejohanan yang berlangsung dan di bawa berjumpa dengan pegawai-pegawai kejohanan yang bertugas pada kejohanan kali ini. Kesempatan ini tidak dilepas oleh para pegawai kejohanan untuk berkenalan dengan Tuan Haji Jamaluddin. Kesempatan kehadiran Pengarah Pendidikan, beliau diberi penghaormatan untuk menyempurnakan sesi penyampaian pingat kepada para pemenang pada sebelah pagi.
 


 
                                     

 
 
Tetamu kedua yang hadir adalah Pengurus Pemasaran Syarikat Nestle' yang juga merupakan penaja utama Kejohanan Akuatik MSSM 2014 iaitu Encik Ng Ping Loong. Kehadiran beliau disambut oleh Penyelaras Sukan Akuatik En. Abdul Rahaman.  Kesempatan kehadirannya, beliau diberi penghormatan untuk menyempurnakan sesi penyampaian pingat kepada para pemenang.
 


 
 
 
Pengarah Bahagian Sukan, KPM Puan Ee Hong juga sudi meluangkan masa melawat kejohanan kali ini. Kehadiran beliau disambut oleh Katua Unit Sukan En. Sulaiman Bin Mohd Rizlan dan PTPS Akuatik MSSM En. Mazalan. Beliau di bawa melawat sekitar kejohanan dan di bawa ke bilik operasi kejohanan. Beliau juga di beri penerangan berkenaan acara-acara yang dipertandingkan.
 


 
 


Isnin, 24 Mac 2014

Keputusan Pertandingan Polo Air Kejohanan Akuatik MSSM 2014

Berikut adalah keputusan pertandingan pola air yang melibatkan 3 perlawanan yang telah diadakan pada sebelah petang 24 Mac 2014.


Kedudukan Pingat Kejohanan Akuatik MSSM 2014



Pingat Pertama Untuk Kontinjen Akuatik Di Kejohanan Akuatik MSSM 2014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

MSS Putrajaya telah berjaya memperolehi pingat pertama di hari pertama Kejohanan Akuatik MSSM 2014 di kolam renang menerusi acara 50 Meter Kuak Dada Perempuan Bawah 18 Tahun. Pemenang pingat gangsa tersebut adalah sandaran utama kontinjen MSS Putrajaya iaitu Salsabila Binti Mohd Yazid. MSS Putrajaya mengucapkan syabas dan tahniah.


Salsabila Binti Mohd Yazid
Gangsa 50M Kuak Dada

Kejohanan Akuatik MSSM Hari Pertama 24 Mac 2014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.
 
Kejohanan Akuatik MSSM 2014 membuka tirainya dengan 25 acara dipertandingkan untuk disiplin renang, terjun dan juga perlawanan polo air yang melibatkan 3 perlawanan polo air. Kejohanan bermula tepat pada jam 9.00 pagi dengan acara 800 meter gaya bebas perempuan terbuka sebagai pembuka acara renang pada pagi ini. Pada masa yang sama sesi penyampaian hadiah juga dilaksanakan.

Ikuti warna-warna sepanjang Kejohanan Akuatik MSSM 2014 berlangsung pada hari pertama ini.
































 

Ahad, 23 Mac 2014

Ketibaan Kontinjen Negeri Ke Pusat Akuatik Darul Ehsan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
 
23 Mac 2014 - Kontinjen negeri mula tiba di Pusat Akuatik Darul Ehsan untuk pendaftaran pasukan dan sesi penyesuaian kolam. Sesi bermula seawall 8.00 pagi dimana beberapa buah kontinjen negeri mula memasuki kolam untuk penyesuaian kolam. Manakala pada masa yang sama pegawai-pegawai kontinjen negeri mula membuat pendaftaran atlet di meja pendaftaran. Kontinjen juga di bekalkan dengan pakaian yang ditaja oleh Syarikat Nestle (MILO) untuk pegawai dan atlet, buku pertandingan, buku program dan pas pegawai dan atlet.
 
Sepanjang hari ini juga, beberapa siri taklimat telah diadakan. Di Pusat Akuatik Darul Ehsan taklimat telah dimulakan dengan  taklimat pengurus pasukan kontinjen negeri dimana En. Sulaiman Bin Mohd Rizlan selaku Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya mempengerusikan taklimat. Turut hadir En. Abdul Rahaman Penyelaras Sukan Akuatik Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
Pada sebelah petang pula telah diadakan taklimat teknikal untuk pengadil dan hakim yang telah diadakan di Hotel Alami Garden, dimana menjadi lokasi penginapan para pengadil dan hakim. Kejohanan edisi kali ini akan diketuai oleh En. Mazlan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) Akuatik Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) selaku Pengarah Teknikal Kejohanan.
 
Kejohanan edisi 2014 akan membuka tirai secara rasmi esok 24 Mac 2014 di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam. Semoga kejohanan berjalan lancer dan meriah.