SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MAJLIS SUKAN SEKOLAH WP PUTRAJAYA "GEMILANG PUTRAJAYA"

Ahad, 21 Disember 2014

Takwim Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah Putrajaya 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Berikut adalah takwim kejohanan sukan MSS Putrajaya bagi tahun 2015.  Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui surat siaran.

Sekian, terima kasih.



Khamis, 6 November 2014

Kejohanan Balapan dan Padang Luar Musin Peringkat Negeri 2-014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Unit Sukan JPWPP dengan kerjasama SMK Putrajaya Presint 8(1) selaku Pengelola akan menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang Luar Musim Peringkat Negeri 2014. Kejohanan akan berlangsung pada tarikh berikut:

Tarikh: 11 hingga 12 November 2014
Masa: 07.30 pagi - 05.00 petang
Tempat: Stadium Universiti Multimedia Malaysia (MMU) Cyberjaya

Sekian, harap maklum.

Rabu, 22 Oktober 2014

Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 1Murid 1Sukan (1M1S) Peringkat Negeri 2014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 1M1S Peringkat Negeri 2014 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 28 Oktober 2014 (Selasa)
Masa: 07.30 pagi - 5.00 petang
Tempat:
1. Balapan dan Padang (Stadium MMU, Cyberjaya)
2. Futsal (Gelanggang Futsal Taman Pancarona, Presint 18, Putrajaya)
3. Bola Jaring 3 on 3 (Dewan SKPP 8(2)

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah:
Tarikh: 28 Oktober 2014 (Selasa)
Masa: 4.30 petang
Tempat: Stadium MMU Cyberjaya

Semoga berjaya kepada semua pasukan yang akan bertanding.

Khamis, 9 Oktober 2014

Klinik Sukan Sekolah dan Kem Pemimpin Muda Sukan 1M1S 2014 (Hari Terkahir)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pada 8 Oktober 2014 (Rabu) berakhirnya 2 program 1M1S iaitu Klinik Sukan Sekolah dan Kem PMS 1M1S.  kedua-dua program tersebut berjaya di laksanakan dengan kehadiran penuh sekolah-sekolah Putrajaya.  Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jurulatih Utama bagi kedua-dua program tersebut dan ucapan tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan menengah disamping guru-guru yang terlibat sama dengan program ini.

Semoga ilmu sepanjang program ini berlangsung selama 2 hari dapat memberi manfaat kepada semua peserta untuk di praktikkan di sekolah masing-masing.



Suasana hari kedua program

Wajah-wajah ceria peserta program

Penyampaian hadiah bagi pemenang permainan kecil

Penyampaian hadiah bagi pemenang permainan kecil

Peserta Klinik Sukan Sekolah 1M1S 2014

Peserta Kem Pemimpin Muda Sukan 1M1S 2014




Selasa, 7 Oktober 2014

Klinik Sukan Sekolah dan Kem Pemimpin Muda Sukan 1M1S 2014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ini telah berlangsung dua program di bawah program 1Murid 1Sukan iaitu Klinik Sukan Sekolah dan Kum Pemimpin Muda Sukan (PMS) 1M1S.  Program akan berlansung selama 2 hari bermula hari ini sehingga 8 Oktober 2014, di mana seramai 123 orang peserta termasuk guru dan Jurulatih Utama akan berkampung di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1).

Program dikendalikan oleh Jurulatih Utama yang telah dilantik oleh Bahagian Sukan KPM dengan menggunakan modul dan alatan yang telah ditetapkan oleh kementerian.

Seramai 55 orang pelajar dari sekolah menengah untuk Kem PMS telah menyertainya dan seramai 60 orang pelajar dari sekolah rendah untuk Klinik Sukan Sekolah telah hadir untuk mengikuti program ini.

Sesi Pendaftaran Peserta

Sesi Pendaftaran dan Mengambil Pakaian

JU 1M1S Memulakan Sesi Hari Pertama

Klinik Sukan Sekolah

Kem PMS

Ceria dan Bersemangat

Guru Turut Mambantu

Khamis, 25 September 2014

Klinik Sukan Sekolah 1M1S dan Kem Pemimpin Muda Sukan 1M1S

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Unit Sukan akan melaksanakan 2 program 1M1S iaitu Klinik Sukan Sekolah 1M1S dan Kem Pemimpin Muda Sukan 1M1S.  Klinik Sukan Sekolah 1M1S akan melibatkan seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan guru sekolah rendah, manakala Kem Pemimpin Muda Sukan 1M1S akan melibatkan seramai 55 orang peserta yang terdiri daripada murid dan guru sekolah menengah. Kedua-dua program ini akan dikendalikan oleh 8 orang Jurulatih Utama yang telah dilantik oleh Bahagian Sukan KPM yang juga merupakan guru-guru sukan di sekolah-sekolah Putrajaya. Kedua-dua program akan diadakan seperti ketetapan berikut:

1. Klinik Sukan Sekolah 1M1S dan Kem Pemimpin Muda Sukan 1M1S
    Tarikh: 7 hingga 8 Oktober 2014
    Masa: 07.30 pagi hingga 05.00 petang
    Tempat: Dewan Sek Keb Putrajaya Presint 5(1) 

Rabu, 24 September 2014

Tahniah Kepada Kontinjen Bawah 12 Tahun MSS Putrajaya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pada 15 hingga 22 September yang lepas telah berlangsung 4 kejohanan sukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bawah 12 tahun. Antara kejohanan yang berlangsung adalah Kejohanan Hoki dan Bola Jaring Bawah 12 Tahun MSSM yang diadakan di Pasir Gudang dan Johor Bahru.  Manakala di Pulau Pinang berlangsungnya Kejohanan Sepak Takraw dan Boling Tenpin Bawah 12 Tahun MSSM.  MSS Putrajaya telah menghantar ke semua kontinjen ke ke semua kejohanan yang berlangsung.

Buat 2 kontinjen iaitu kontinjen hoki dan sepak takraw ini merupakan penyertaan kali pertama di pentas MSSM.  Persembahan dan semangat yang ditunjukkan kedua-dua kontinjen amatlah cemerlang walaupun pertama kali menjejak kaki ke MSSM pada tahun ini.

Buat kontinjen bola jaring pula, TAHNIAH DIUCAPKAN kerana telah berjaya menyumbangkan pingat gangsa walaupun berada di tempat keempat keseluruhan.  Namun begitu, yang paling penting adalah kejayaan yang dibawa pulang ke Putrajaya.  Kejayaan pasukan telah membuka mata negeri-negeri yang lain bahawa Putrajaya juga mempunyai bilangan atlet yang berpotensi dan berbakat besar.  Semoga kejayaan yang diperohi oleh kontinjen bola jaring ini mampu menyuntik semangat kepada pasukan-pasukan yang lain bagi menempuh kejohanan yang akan datang. Dengan harapan kilauan pingat yang lebih cerah dapat disumbangkan.

TAHNIAH!!!!

Kejayaan kontinjen bola jaring memperolehi
pingat gangsa
Bersama pegawai kontinjen
Pasukan Bola Jaring Bawah 12 tahun MSS Putrajaya

Pasukan Hoki Bawah 12 Tahun MSS Putrajaya

Pasukan Boling Tenpin Bawah 12 Tahun MSS Putrajaya
Pasukan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun MSS Putrajaya

Ahad, 13 April 2014

Kejohanan Balapan dan Padang MSS Putrajaya 2014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pada 14 hingga 17 April 2014, MSS Putrajaya dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) selaku Pengerusi Pengelola akan menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang edisi 2014. Kejohanan pada tahun ini akan diadakan di Stadium Universiti Multimedia Malaysia, Cyberjaya. Dengan penyertaan 23 buah sekolah menengah dan rendah, penglibatan hampir 1500 peserta dengan 21 acara akan dipertandingkan pada tahun ini.

Kejohanan ini juga merupakan medan pemilihan atlet-atlet Putrajaya bagi mengharungi kejohanan yang lebih besar iaitu Kejohanan Balapan dan Padang MSSM 2014 yang akan diadakan pada 1 hingga 8 Mei di Alor Setar, Kedah. Semoga kejohanan kali ini akan melahirkan atlet-atlet yang berpotensi dan cemerlang bagi membawa bendera Putrajaya ke kejohanan MSSM nanti.

"SELAMAT BERTANDING DAN SELAMAT MAJU JAYA"


Selasa, 1 April 2014

Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih

Sulaiman Bin Mohd Rizlan
Ketua Unit Sukan
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah, Kejohanan Akuatik MSSM 2014 telah berjaya di anjurkan dengan lancar. Saya bagi pihak MSS Putrajaya, urusetia dan Jabatan Pendidikan WP Putrajaya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan edisi kali ini.

Bukan mudah untuk kami untuk menganjurkan kejohanan kali ini memandangkan ia merupakan tugas pertama sebagai pengelola peringkat MSSM yang perlu kami laksanakan. Namun berkat kesungguhan dan bantuan daripada guru-guru yang dilantik sebagai jawatankuasa banyak membantu dalam menjayakan misi kejohanan kali ini. Tahniah juga diucapkan kepada Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Akuatik MSS Putrajaya Cik Nurul Ain Wahida Binti Abu Bakar, yang banyak menyumbangkan tenaga, idea dan masa dalam memastikan kejohanan dapat dianjurkan dengan baik.

Terima kasih juga kepada semua jawatankuasa yang membantu dan berkampung selama 6 hari di Pusat Akautik Darul Ehsan, Shah Alam mengerah tenaga memastikan kejohanan akuatik dapat dianjurkan dengan baik.

Tidak lupa ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penaja iaitu Syarikat Nestle' yang merupakan penaja utama kejohanan ini dan juga ucapan terima kasih kepada penaja kedua iaitu Mad Wave. Ucapan terima kasih juga kepada pihak Persatuan Renang Amatur Selangor yang turut membantu dari aspek nasihat dan teknikal bagi memastikan perjalanan kejohanan berjalan lancar. Terima kasih juga kepada pihak Maha Mas Medic Services yang hadir sebagai pasukan kecemasan sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga dengan penganjuran kali ini memberi kenangan yang manis kepada semua kontinjen dan pegawai kejohanan.

Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya.

Penutupan Rasmi Kejohanan Akuatik MSSM 2014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kejohanan Akuatik MSSM edisi 2014 telah melabuhkan tirainya pada 28 Mac 2014 yang lepas. Majlis penutupan rasmi telah disempurkan oleh Tuan Haji Jamaluddin Bin Yusoff Pengarah Pendidikan WP Putrajaya. Pada majlis itu juga, Tuan Pengarah berkesempatan menyampaikan beberapa pingat dan piala kecemelangan kepada atlet-atlet yang telah berjaya menunjukkan prestasi yang luar biasa.

Pada majlis ini juga, Tuan Pengarah telah menyerahkan bendera MSSM kepada wakil daripada negeri Pahang yang merupakan pengelola Kejohanan Akuatik MSSM 2015. Semoga kejohanan tahun ini memberi kenangan manis dan berharga kepada semua kontinjen.

KITA JUMPA DI PAHANG TAHUN HADAPAN!!!!!



Selasa, 25 Mac 2014

Keputusan Pertandingan Polo Air Kejohanan Akuatik MSSM 2014 Hari Kedua




Kejohanan Akuatik MSSM 2014 Hari Kedua 25 Mac 2014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
 
Hari kedua 25 Mac 2014 membuka tirai kejohanan di arena Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam. Kejohanan hari kedua pada sebelah pagi dimulakan dengan acara 1500 Meter Gaya Bebas Lelaki Terbuka. 8 acara renang dipertandingkan pada hari kedua ini.
 
Pada hari ini juga kejohanan telah menerima 3 tetamu istimewa yang sudi meluangkan masa melihat suasana kejohanan akuatik kali ini. Tetamu yang dimaksudkan adalah Tuan Haji Jamaluddin Bin Yusoff Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Putrajaya. Beliau hadir pada sebelah pagi. Lawatan beliau di arena pusat akuatik di sambut oleh Ketua Unit Sukan En. Sulaiman Bin Mohd Rizlan. Beliau di bawa melihat sekitar kejohanan yang berlangsung dan di bawa berjumpa dengan pegawai-pegawai kejohanan yang bertugas pada kejohanan kali ini. Kesempatan ini tidak dilepas oleh para pegawai kejohanan untuk berkenalan dengan Tuan Haji Jamaluddin. Kesempatan kehadiran Pengarah Pendidikan, beliau diberi penghaormatan untuk menyempurnakan sesi penyampaian pingat kepada para pemenang pada sebelah pagi.
 


 
                                     

 
 
Tetamu kedua yang hadir adalah Pengurus Pemasaran Syarikat Nestle' yang juga merupakan penaja utama Kejohanan Akuatik MSSM 2014 iaitu Encik Ng Ping Loong. Kehadiran beliau disambut oleh Penyelaras Sukan Akuatik En. Abdul Rahaman.  Kesempatan kehadirannya, beliau diberi penghormatan untuk menyempurnakan sesi penyampaian pingat kepada para pemenang.
 


 
 
 
Pengarah Bahagian Sukan, KPM Puan Ee Hong juga sudi meluangkan masa melawat kejohanan kali ini. Kehadiran beliau disambut oleh Katua Unit Sukan En. Sulaiman Bin Mohd Rizlan dan PTPS Akuatik MSSM En. Mazalan. Beliau di bawa melawat sekitar kejohanan dan di bawa ke bilik operasi kejohanan. Beliau juga di beri penerangan berkenaan acara-acara yang dipertandingkan.
 


 
 


Isnin, 24 Mac 2014

Keputusan Pertandingan Polo Air Kejohanan Akuatik MSSM 2014

Berikut adalah keputusan pertandingan pola air yang melibatkan 3 perlawanan yang telah diadakan pada sebelah petang 24 Mac 2014.


Kedudukan Pingat Kejohanan Akuatik MSSM 2014



Pingat Pertama Untuk Kontinjen Akuatik Di Kejohanan Akuatik MSSM 2014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

MSS Putrajaya telah berjaya memperolehi pingat pertama di hari pertama Kejohanan Akuatik MSSM 2014 di kolam renang menerusi acara 50 Meter Kuak Dada Perempuan Bawah 18 Tahun. Pemenang pingat gangsa tersebut adalah sandaran utama kontinjen MSS Putrajaya iaitu Salsabila Binti Mohd Yazid. MSS Putrajaya mengucapkan syabas dan tahniah.


Salsabila Binti Mohd Yazid
Gangsa 50M Kuak Dada

Kejohanan Akuatik MSSM Hari Pertama 24 Mac 2014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.
 
Kejohanan Akuatik MSSM 2014 membuka tirainya dengan 25 acara dipertandingkan untuk disiplin renang, terjun dan juga perlawanan polo air yang melibatkan 3 perlawanan polo air. Kejohanan bermula tepat pada jam 9.00 pagi dengan acara 800 meter gaya bebas perempuan terbuka sebagai pembuka acara renang pada pagi ini. Pada masa yang sama sesi penyampaian hadiah juga dilaksanakan.

Ikuti warna-warna sepanjang Kejohanan Akuatik MSSM 2014 berlangsung pada hari pertama ini.