SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MAJLIS SUKAN SEKOLAH WP PUTRAJAYA "GEMILANG PUTRAJAYA"

Selasa, 1 April 2014

Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih

Sulaiman Bin Mohd Rizlan
Ketua Unit Sukan
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah, Kejohanan Akuatik MSSM 2014 telah berjaya di anjurkan dengan lancar. Saya bagi pihak MSS Putrajaya, urusetia dan Jabatan Pendidikan WP Putrajaya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan edisi kali ini.

Bukan mudah untuk kami untuk menganjurkan kejohanan kali ini memandangkan ia merupakan tugas pertama sebagai pengelola peringkat MSSM yang perlu kami laksanakan. Namun berkat kesungguhan dan bantuan daripada guru-guru yang dilantik sebagai jawatankuasa banyak membantu dalam menjayakan misi kejohanan kali ini. Tahniah juga diucapkan kepada Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Akuatik MSS Putrajaya Cik Nurul Ain Wahida Binti Abu Bakar, yang banyak menyumbangkan tenaga, idea dan masa dalam memastikan kejohanan dapat dianjurkan dengan baik.

Terima kasih juga kepada semua jawatankuasa yang membantu dan berkampung selama 6 hari di Pusat Akautik Darul Ehsan, Shah Alam mengerah tenaga memastikan kejohanan akuatik dapat dianjurkan dengan baik.

Tidak lupa ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penaja iaitu Syarikat Nestle' yang merupakan penaja utama kejohanan ini dan juga ucapan terima kasih kepada penaja kedua iaitu Mad Wave. Ucapan terima kasih juga kepada pihak Persatuan Renang Amatur Selangor yang turut membantu dari aspek nasihat dan teknikal bagi memastikan perjalanan kejohanan berjalan lancar. Terima kasih juga kepada pihak Maha Mas Medic Services yang hadir sebagai pasukan kecemasan sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga dengan penganjuran kali ini memberi kenangan yang manis kepada semua kontinjen dan pegawai kejohanan.

Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan