SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MAJLIS SUKAN SEKOLAH WP PUTRAJAYA "GEMILANG PUTRAJAYA"

Ahad, 13 April 2014

Kejohanan Balapan dan Padang MSS Putrajaya 2014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pada 14 hingga 17 April 2014, MSS Putrajaya dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) selaku Pengerusi Pengelola akan menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang edisi 2014. Kejohanan pada tahun ini akan diadakan di Stadium Universiti Multimedia Malaysia, Cyberjaya. Dengan penyertaan 23 buah sekolah menengah dan rendah, penglibatan hampir 1500 peserta dengan 21 acara akan dipertandingkan pada tahun ini.

Kejohanan ini juga merupakan medan pemilihan atlet-atlet Putrajaya bagi mengharungi kejohanan yang lebih besar iaitu Kejohanan Balapan dan Padang MSSM 2014 yang akan diadakan pada 1 hingga 8 Mei di Alor Setar, Kedah. Semoga kejohanan kali ini akan melahirkan atlet-atlet yang berpotensi dan cemerlang bagi membawa bendera Putrajaya ke kejohanan MSSM nanti.

"SELAMAT BERTANDING DAN SELAMAT MAJU JAYA"


Selasa, 1 April 2014

Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih

Sulaiman Bin Mohd Rizlan
Ketua Unit Sukan
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah, Kejohanan Akuatik MSSM 2014 telah berjaya di anjurkan dengan lancar. Saya bagi pihak MSS Putrajaya, urusetia dan Jabatan Pendidikan WP Putrajaya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan edisi kali ini.

Bukan mudah untuk kami untuk menganjurkan kejohanan kali ini memandangkan ia merupakan tugas pertama sebagai pengelola peringkat MSSM yang perlu kami laksanakan. Namun berkat kesungguhan dan bantuan daripada guru-guru yang dilantik sebagai jawatankuasa banyak membantu dalam menjayakan misi kejohanan kali ini. Tahniah juga diucapkan kepada Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Akuatik MSS Putrajaya Cik Nurul Ain Wahida Binti Abu Bakar, yang banyak menyumbangkan tenaga, idea dan masa dalam memastikan kejohanan dapat dianjurkan dengan baik.

Terima kasih juga kepada semua jawatankuasa yang membantu dan berkampung selama 6 hari di Pusat Akautik Darul Ehsan, Shah Alam mengerah tenaga memastikan kejohanan akuatik dapat dianjurkan dengan baik.

Tidak lupa ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penaja iaitu Syarikat Nestle' yang merupakan penaja utama kejohanan ini dan juga ucapan terima kasih kepada penaja kedua iaitu Mad Wave. Ucapan terima kasih juga kepada pihak Persatuan Renang Amatur Selangor yang turut membantu dari aspek nasihat dan teknikal bagi memastikan perjalanan kejohanan berjalan lancar. Terima kasih juga kepada pihak Maha Mas Medic Services yang hadir sebagai pasukan kecemasan sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga dengan penganjuran kali ini memberi kenangan yang manis kepada semua kontinjen dan pegawai kejohanan.

Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya.

Penutupan Rasmi Kejohanan Akuatik MSSM 2014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kejohanan Akuatik MSSM edisi 2014 telah melabuhkan tirainya pada 28 Mac 2014 yang lepas. Majlis penutupan rasmi telah disempurkan oleh Tuan Haji Jamaluddin Bin Yusoff Pengarah Pendidikan WP Putrajaya. Pada majlis itu juga, Tuan Pengarah berkesempatan menyampaikan beberapa pingat dan piala kecemelangan kepada atlet-atlet yang telah berjaya menunjukkan prestasi yang luar biasa.

Pada majlis ini juga, Tuan Pengarah telah menyerahkan bendera MSSM kepada wakil daripada negeri Pahang yang merupakan pengelola Kejohanan Akuatik MSSM 2015. Semoga kejohanan tahun ini memberi kenangan manis dan berharga kepada semua kontinjen.

KITA JUMPA DI PAHANG TAHUN HADAPAN!!!!!