SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MAJLIS SUKAN SEKOLAH WP PUTRAJAYA "GEMILANG PUTRAJAYA"

Ahad, 23 Mac 2014

Ketibaan Kontinjen Negeri Ke Pusat Akuatik Darul Ehsan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
 
23 Mac 2014 - Kontinjen negeri mula tiba di Pusat Akuatik Darul Ehsan untuk pendaftaran pasukan dan sesi penyesuaian kolam. Sesi bermula seawall 8.00 pagi dimana beberapa buah kontinjen negeri mula memasuki kolam untuk penyesuaian kolam. Manakala pada masa yang sama pegawai-pegawai kontinjen negeri mula membuat pendaftaran atlet di meja pendaftaran. Kontinjen juga di bekalkan dengan pakaian yang ditaja oleh Syarikat Nestle (MILO) untuk pegawai dan atlet, buku pertandingan, buku program dan pas pegawai dan atlet.
 
Sepanjang hari ini juga, beberapa siri taklimat telah diadakan. Di Pusat Akuatik Darul Ehsan taklimat telah dimulakan dengan  taklimat pengurus pasukan kontinjen negeri dimana En. Sulaiman Bin Mohd Rizlan selaku Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya mempengerusikan taklimat. Turut hadir En. Abdul Rahaman Penyelaras Sukan Akuatik Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
Pada sebelah petang pula telah diadakan taklimat teknikal untuk pengadil dan hakim yang telah diadakan di Hotel Alami Garden, dimana menjadi lokasi penginapan para pengadil dan hakim. Kejohanan edisi kali ini akan diketuai oleh En. Mazlan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) Akuatik Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) selaku Pengarah Teknikal Kejohanan.
 
Kejohanan edisi 2014 akan membuka tirai secara rasmi esok 24 Mac 2014 di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam. Semoga kejohanan berjalan lancer dan meriah.
 










 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan