SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MAJLIS SUKAN SEKOLAH WP PUTRAJAYA "GEMILANG PUTRAJAYA"

Rabu, 4 Februari 2015

Kejohanan Bola Baling dan Ping Pong Peringkat Negeri MSS Putrajaya Tahun 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

4 Februari 2015 telah bermula Kejohanan Sukan Peringkat Negeri MSS Putrajaya tahun 2015. Kejohanan yang telah mula mengambil tempat adalah Kejohanan Bola Baling dan Kejohanan Ping Pong.

Kejohanan Bola Baling membuka tirai kejohanan tahun ini di Padang Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 11(1). Kejohanan akan berlangsung selama 4 hari dan telah bermula pada 4 Februari 2015.


Suasana pada hari pertama kejohanan

Manakala Kejohanan Ping Pong turut membuka tirai kejohanan pada 4 Februari dan akan tamat pada 7 Februari 2015. Kejohanan kini berlangsung di Dewan SKPP 9(2).

PTPS Negeri membuat persiapan terakhir

Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Badminton Peringkat Negeri MSS Putrajaya Tahun 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pada 4 Februari 2015 telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Badminton Peringkat Negeri MSS Putrajaya 2015. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi Pengelola Tuan Haji Zawi Bin Yahya selaku Pengerusi Pengelola bagi kejohanan tahun ini. Beberapa keputusan penting telah dimaklumkan semasa mesyuarat tersebut, antaranya keputusan penting adalah penundaan tarikh kejohanan. Mengikut takwim asal, kejohanan dijangka akan diadakan pada 11 hingga 14 Februari 2015, dan mesyuarat telah dimaklumkan tarikh kejohanan baru akan dimaklumkan kelak.

Sekolah diberi kelonggaran untuk membuat pertukaran nama dan tarikh akhir menghantar nama pemain yang baru adalah pada atau sebelum 9 Februari 2015 (Isnin).

Mesyuarat di pengerusikan oleh Tuan Hj Zawi Bin Yahya


Guru-guru yang hadir


Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri MSS Putrajaya Tahun 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Pada 29 Januari 2015 yang lepas telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri MSS Putrajaya 2015. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi Pengelola Hjh. Zaharah Binti Bahran. Pada tahun ini juga telah diadakan kategori berpasukan bawah 12 tahun lelaki dan perempuan dimana akan dibawa ke kejohanan peringkat MSSM yang dijangka diadakan pada bulan Mac ini.

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri MSS Putrajaya 2015
Tarikh: 11 Februari 2015
Masa: 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat Pelepasan: SMKPP 18(1)


Guru-guru yang hadir

Taklimat lalun oleh PTPS Negeri En. Norshamizi Bin Ismail

Guru-guru yang hadir



Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Bola Baling Peringkat Negeri MSS Putrajaya tahun 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pada 23 januari 2015 yang lepas telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Bola Baling Peringkat Negeri Tahun 2015. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1), selaku Pengerusi Pengelola bagi tahun ini. Mesyuarat telah dipegerusikan oleh Pengerusi Pengelola sendiri iaitu Guru Besar SKPP 11(1) Encik Suhaimi Bin Ahmad. Mesyuarat juga dihadiri Ketua Unit Sukan JPWPP Encik Sulaiman Bin Mohd Rizlan.

Kejohanan Bola Baling Peringkat Negeri MSS Putrajaya 2015
Tarikh: 4 hingga 7 Februari 2015
Masa: 2.00 hingga 6.00 petang
Tempat: Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 11(1)

Taklimat oleh PTPS Negeri En. Mohd Faizal Bin Abu Bakar

Guru-guru yang hadir