SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MAJLIS SUKAN SEKOLAH WP PUTRAJAYA "GEMILANG PUTRAJAYA"

Rabu, 21 Januari 2015

Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Ping Pong Peringkat Negeri MSS Putrajaya Tahun 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pada 21 Januari 2015, telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Ping Pong Peeringkat Negeri MSS Putrajaya Tahun 2015.  Mesyuarat telah diadakan di SK Putrajaya Presint 9(2), selaku Pengelola pada tahun ini.  Mesyuarat telah dihadiri oleh kesemua sekolah di Putrajaya dan telah dipengerusi oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas En. Ahmad Azli Bin Dakir. Mesyuarat juga dihadiri Ketua Unit Sukan JPWPP En. Sulaiman Bin Mohd Rizlan. Taklimat teknikal kejohanan telah disampaikan oleh PTPS Negeri En. Wan Mohd Azlan Bin Wan Jusoh.

KEJOHANAN PING PONG PERINGKAT NEGERI MAJLIS SUKAN SEKOLAH PUTRAJAYA TAHUN 2015
Tarikh: 4, 5, dan 7 Februari 2015
Tempat: Dewan SK Putrajaya Presint 9(2)
Masa: 2.00 hingga 5 petang (4 - 5 Februari 2015)
            8.30 pagi hingga 3.00 petang (7 Februari 2015)

Mesyuarat di pengerusikan oleh GPK Pendidikan Khas

Wakil-wakil sekolah yang hadir