SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MAJLIS SUKAN SEKOLAH WP PUTRAJAYA "GEMILANG PUTRAJAYA"

Khamis, 25 September 2014

Klinik Sukan Sekolah 1M1S dan Kem Pemimpin Muda Sukan 1M1S

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Unit Sukan akan melaksanakan 2 program 1M1S iaitu Klinik Sukan Sekolah 1M1S dan Kem Pemimpin Muda Sukan 1M1S.  Klinik Sukan Sekolah 1M1S akan melibatkan seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan guru sekolah rendah, manakala Kem Pemimpin Muda Sukan 1M1S akan melibatkan seramai 55 orang peserta yang terdiri daripada murid dan guru sekolah menengah. Kedua-dua program ini akan dikendalikan oleh 8 orang Jurulatih Utama yang telah dilantik oleh Bahagian Sukan KPM yang juga merupakan guru-guru sukan di sekolah-sekolah Putrajaya. Kedua-dua program akan diadakan seperti ketetapan berikut:

1. Klinik Sukan Sekolah 1M1S dan Kem Pemimpin Muda Sukan 1M1S
    Tarikh: 7 hingga 8 Oktober 2014
    Masa: 07.30 pagi hingga 05.00 petang
    Tempat: Dewan Sek Keb Putrajaya Presint 5(1) 

Rabu, 24 September 2014

Tahniah Kepada Kontinjen Bawah 12 Tahun MSS Putrajaya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pada 15 hingga 22 September yang lepas telah berlangsung 4 kejohanan sukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bawah 12 tahun. Antara kejohanan yang berlangsung adalah Kejohanan Hoki dan Bola Jaring Bawah 12 Tahun MSSM yang diadakan di Pasir Gudang dan Johor Bahru.  Manakala di Pulau Pinang berlangsungnya Kejohanan Sepak Takraw dan Boling Tenpin Bawah 12 Tahun MSSM.  MSS Putrajaya telah menghantar ke semua kontinjen ke ke semua kejohanan yang berlangsung.

Buat 2 kontinjen iaitu kontinjen hoki dan sepak takraw ini merupakan penyertaan kali pertama di pentas MSSM.  Persembahan dan semangat yang ditunjukkan kedua-dua kontinjen amatlah cemerlang walaupun pertama kali menjejak kaki ke MSSM pada tahun ini.

Buat kontinjen bola jaring pula, TAHNIAH DIUCAPKAN kerana telah berjaya menyumbangkan pingat gangsa walaupun berada di tempat keempat keseluruhan.  Namun begitu, yang paling penting adalah kejayaan yang dibawa pulang ke Putrajaya.  Kejayaan pasukan telah membuka mata negeri-negeri yang lain bahawa Putrajaya juga mempunyai bilangan atlet yang berpotensi dan berbakat besar.  Semoga kejayaan yang diperohi oleh kontinjen bola jaring ini mampu menyuntik semangat kepada pasukan-pasukan yang lain bagi menempuh kejohanan yang akan datang. Dengan harapan kilauan pingat yang lebih cerah dapat disumbangkan.

TAHNIAH!!!!

Kejayaan kontinjen bola jaring memperolehi
pingat gangsa
Bersama pegawai kontinjen
Pasukan Bola Jaring Bawah 12 tahun MSS Putrajaya

Pasukan Hoki Bawah 12 Tahun MSS Putrajaya

Pasukan Boling Tenpin Bawah 12 Tahun MSS Putrajaya
Pasukan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun MSS Putrajaya