SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MAJLIS SUKAN SEKOLAH WP PUTRAJAYA "GEMILANG PUTRAJAYA"

Ahad, 23 Februari 2014

KEJOHANAN SUKAN TAHUN 2014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Tahun 2014 telah 2 bulan menjengah dan beberapa kejohanan sukan telah dilaksanakan dengan meriah dan berjaya. Kejohanan yang pertama di adakan pada tahun ini adalah Kejohanan Catur Peringkat Negeri MSS Putrajaya yang telah diadakan pada 11 hingga 14 Februari 2014 di SMK Putrajaya Presint 18(1) dengan SK Putrajaya Presint 18(1) sebagai Pengelola. Kejohanan yang menghimpunkan pemain-pemain catur terbaik dari setiap sekolah telah berjaya mencari pemain-pemian yang akan menggalas cabaran mewakili Putrajaya ke Kejohanan Catur MSSM pada bulan Mac Kelak.

Manakala pada 18 hingga 21 Mac 2014 yang lepas telah berlangsung Kejohanan Bola Baling Peringkat Negeri MSS Putrajaya di padang SMK Putrajaya Presint 11(1) dengan SK Putrajaya Presint 11(1) sebagai Pengelola. SK Putrajaya Presint 11(1) telah membuktikan mereka boleh dikatakan pengajuran kejohanan yang terbaik setakat ini dengan penganjuran yang meriah dan tersusun. TAHNIAH diucapkan.

Pada 24 hingga 28 Februari 2014 akan berlangsung Kejohanan Ping Pong Peringkat Negeri MSS Putrajaya yang akan diadakan di dewan SK Putrajaya Presint 16(2).  Manakala pada 26 hingga 28 Februari 2014 akan berlangsung pula Kejohanan Tenpin Boling Peringkat Negeri MSS Putrajaya di Alamanda Super Bowl.

Semoga kejohanan-kejohanan yang bakal dilangsungkan nanti dapat mencari atlet-atlet terbaik bagi membawa cabaran di kejohanan MSSM nanti.

Sekian, terima kasih.