SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MAJLIS SUKAN SEKOLAH WP PUTRAJAYA "GEMILANG PUTRAJAYA"

Selasa, 27 Ogos 2013

Kejohanan dan Program Untuk Bulan September dan Oktober 2013

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri maaf zahir dan batin buat semua warga Putrajaya.  Semoga sambutan aildilfitri pada tahun ini telah mendatangkan kebahagiaan kepada kita semua.

Untuk program-program yang bakal dijalankan untuk sepanjang bulan September, November dan Disember kelak melibatkan beberapa kejohanan peringkat kebangsaan dan negeri dan beberapa program yang akan dijalankan oleh Unit Sukan JPWPP.

Bagi bulan September pada 3 hingga 7 September akan berlangsung Kejohanan Sukan Tingkatan Enam Peringkat Kebangsaan dengan hanya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan enam yang akan diadakan di Port Dickson dan Seremban negeri Sembilan.  Empat disiplin acara yang akan dipertandingkan iaitu futsal, bola jaring (5 sebelah), bola tampar lelaki dan bola tampar perempuan.  Kontinjen MSS Putrajaya akan menghantar kontinjen bagi semua acara yang akan dipertandingkan.

Pada 13 hingga 15 September pula akan berlangsung Liga Balapan dan Padang Sirkit 1 yang akan diadakan di SSN SMK Seri Kota, Melaka.  SMK Putrajaya Presint 8(1) akan mewakili kontinjen MSS Putrajaya ke kejohanan tersebut.  Liga ini akan bersambung pada bulan Oktober dan November di Pulau Pinang dan akan berakhir di SSM Gambang, Pahang.

Pada bulan Oktober pula Kem Sukan Sekolah Tahun 2013 akan mengambil tempat pada 2 hingga 4 Oktober 2013 di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Melaka.  Kem ini akan melibatkan seramai 42 orang pelajar, 21 orang guru dan akan dikendalikan oleh 6 orang Jurulatih Utama.

Pada 11 hingga 13 Oktober 2013 Liga Sukan KPM Sirkit 4 akan diadakan di Negeri Sembilan.  3 pasukan akan mengambil bahagian iaitu SMK Putrajaya Presint 8(1) pasukan bola jaring, SMK Putrajaya Presint 9(1) pasukan badminton, dan SMK Putrajaya Presint 11(1) pasukan sepak takraw bawah 14 tahun.

Pada 20 hingga 24 Oktober akan berlangsung Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Primier Peringkat Kebangsaan bertempat di Kuala Lumpur dan Selangor.  Kontinjen Putrajaya akan di wakili oleh Sekolah Sultan Alam Shah dengan mengambil 2 disiplin acara iaitu bola sepak dan hoki.

Kejohanan SPTS Peringkat Kebangsaan Kali ke-3 pula akan diadakan pada 27 Oktober hingga 1 November di Alor Setar, Kedah dan kangar Perlis.  Kontinjen Putrajaya akan diwakili oleh 4 Pusat Latihan Daerah (PLD) iaitu PLD Bola Sepak (SMKPP 18(1)), PLD Badminton (PLD 9(1), PLD Memanah (SMKPP 14(1)) dan PLD Balapan dan Padang (SMKPP 8(1))