SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MAJLIS SUKAN SEKOLAH WP PUTRAJAYA "GEMILANG PUTRAJAYA"

Rabu, 12 Jun 2013

Jawatankuasa Pelaksana Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat Kebangsaan tahun 2013

Pada 6 Julai 2013 (Sabtu) akan diadakan Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat Kebangsaan di mana akan diadakan program 10,000 langkah dengan penglibatan hampir 10,000 peserta.  Majlis ini akan diadakan di hadapan Istana Kehakiman, Presint 2 Putrajaya dan akan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II YB Dato' Sri Idris Jusoh.

12 Jun 2013 telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanan Bil. 2/2013 yang telah dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran dan telah dihadiri pegawai dari Bahagian Sukan KPM, agensi-agensi dan jabatan yang terlibat dengan program dan ahli jawatankuasa yang lain.

Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan 

Tahniah Diucapkan Kepada Pegawai dan Atlet

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bermula pada 31 Mei hingga 9 Jun yang lepas sebanyak 8 kontinjen MSS Putrajaya telah menyertai kejohanan-kejohanan sukan MSSM fasa 2 2013 yang berlangsung di beberapa buah negeri.  Pada tahun ini juga beberapa permainan membuat penampilan sulung di pentas MSSM seperti kontinjen bola baling dan kontinjen bola tampar.  Sepanjang kejohanan MSSM fasa 2 berlangsung, kontinjen MSS Putrajaya telah menunjukkan perningkatan yang begitu mendadak dalam beberapa sukan seperti kontinjen bola sepak dan kontinjen bola jaring.  Kontinjen bola jaring menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dengan pasukan bawah 12 tahun berjaya layak ke peringkat suku akhir namun tidak bernasib baik tewas kepada kontinjen Sarawak dengan keputusan tipis 38 berbalas 39.

Namun begitu, kontinjen boling tenpin seperti diharapkan berjaya membawa 1 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Kejayaan membawa pulang pingat emas pertama kontinjen MSS Putrajaya ini cukup membanggakan dan akan memberi semangat kepada semua pegawai dan atlet untuk lebih berusaha bagi mencapai kejayaan dalam kejohanan-kejohanan sukan yang akan datang.

Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai yang telah berkorban masa dan tenaga untuk bertugas di sepanjang kejohanan MSSM berlangsung tempoh hari.  Tahniah kepada semua atlet yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi bagi mencapai kemenangan.

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH DIUCAPKAN..!!!!